Abstract
Pada hari ini seluruh dunia sedang melalui proses perkembangan material yang begitu pesat. Perkembangan prasarana dan keperluan manusia semakin bertambah. Fenomena ini telah menggalakkan pertumbuhan di bidang perindustrian , pertanian dan banyak lagi. Lanjutan dari situ , wujud persaingan untuk mendapat sumber tenaga bagi menjalankan semua kegiatan tersebut. Berbagai-bagai sumber tenaga telah digunakan , di antaranya ialah arang batu minyak , gas asli kuasa hidroelektr ik , tenaga nuklear , kayu dan kuasa g'eotermal . Namun bekalan tenaga tidak pernah mencukupi. Sejak akhir-akhir ini , isu pencemaran telah menjadi perkara yang begitu sensitif di dalam mengendalikan sumber-sumber tenaga yang ada. Justeru itu satu alternatif baru bagi sumber tenaga kian mendapat tempat. Sumber tenaga yang dimaksudkan ialah tenaga solar. Tenaga solar mempunyai potensi untuk digunakan secara meluas. Ia boleh di dapati secara percuma di kawasan yang menerima pancaran matahari. Di samping itu , tenaga solar tidak mengakibatkan pencemaran kepada alam sekitar dan penggunaannya adalah bersih.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Mamat, Wan Murzafar UNSPECIFIED Hassan, Rashdan UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Zulkifli, Abdul Halim UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QB Astronomy > Descriptive astronomy Q Science > QC Physics > Descriptive and experimental mechanics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma Kejuruteraan Mekanikal |
Keywords: | Tenaga solar, penyaman udara, Malaysia |
Date: | 1991 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26639 |
Download
26639.pdf
Download (128kB)