Abstract
Kajian akhir yang dilakukan adalah untuk mencipta sebuah kafe bertema baru untuk Luncai Emas Sdn Bhd sebagai menambahkan lagi variasi kafe bertema ini dalam negara dengan menampilkan konsep dan imej tersendiri. Proses kerja yang telah dijalankan termasuklah kajian pemilihan tapak, sesi temuramah, pemerhatian, kajian kes, soal selidik dan beberapa lagi kerja yang berkaitan. Proses kerja yang dibuat adalah bertujuan untuk mengkaji kekurangan yang terdapat pada rekabentuk dalaman serta pengurusan sesebuah kafe yang mempunyai tema tersendiri. Selain itu, kajian yang dijalankan serta hasil pengumpulan data akan diterapkan ke dalam proses merekabentuk ruang dalaman kafe supaya menghasilkan suatu rekabentuk ruang yang lebih berfungsi, selesa dan menarik untuk kepentingan sejagat. Projek ini juga meliputi pengubahsuaian sepenuhnya terhadap ruang cadangan mengikut imej dan konsep yang dicadangkan di mana ruang lingkup kerja bagi projek ini termasuklah mencipta suatu sistem ruang dalaman yang bertema supaya pengunjung dapat menikmati suasana rekabentuk yang ingin ditampilkan di samping menjamu selera.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Ismail, Wan Nurhidayah Shahida 2003260604 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ab Halim, Nurrajwani UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Senibina Dalaman |
Keywords: | Luncai Emas, Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26598 |
Download
26598.pdf
Download (88kB)