Merekabentuk dan fabrikasi klip gauge untuk ujian dinamik dan keretakan / Norhisham Idris

Idris, Norhisham (1996) Merekabentuk dan fabrikasi klip gauge untuk ujian dinamik dan keretakan / Norhisham Idris. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Merekabeniuk atau fabrikasi klip gauge untiik ujian dinamik dan keretakkan pada bahan spesimen adalah merupakan satu pengkajian tentang keupayaan klip gauge mengukur anjakkan yang dibuat oleh bahan spesimen semasa ujikaji dijalankan. Anjakkan berlaku disebabkan oleh beban atau daya yang dikenakan keatas bahan spesimen membuatkan klip gauge membuka sedikit demi sedikit. Strain gauge yang dipasangkan pada klip gauge akan memberi ukuran hasil dari gerakkan klip gauge itu semasa ujian retakkan beroperasi. Klip gauge ini diperbuat dari besi karbon (carbon steel) yang bersifat spring. Kesifatan spring pada klip gauge inilah digunakan untuk menguji ketahanan bahan spesimen menanggung beban yang diterima nya sebelum retakkan berlaku dan sensitiviti strain gauge mengukur dan mengesan tindakan klip gauge dengan cepal dan tepat. Kekuatan atau ketahanan bahan boleh diukur dengan kaedah KIC, J dan C.T.O.D. Pelbagai pertubuhan didunia mengeluarkan Piawainnya(Standard) sendiri dalam membuat penyelidikan dan ujian keatas kekuatan bahan seperti American Society for Testing and Material (A.S.T.M), The British Standards Institution (BSI) dan The Japan Society of Mechanical Engineering (JSME). Piawaian yang mula sekali untuk ujian K,c dan J dilakukan oleh A.S.T.M pada tahun 1970 dan 1981, manakala BSI menerbitkan yang pertama kaedah ujian C.T.O.D iaitu pada tahun 1979. Rupabentuk bahan spesimen juga mempunyai pelbagai bentuk yang mengikuti ciri - ciri piawaian (Standard). Terdapat 5 jenis rupabentuk spesimen yang dibenarkan dalam piawaian A.S.T.M sesuai sifat permukaan retakkan dan bentuk retakkan. Walaupun dada satu piawaian dibenarkan semua kelima rupabentuk ini direkabentuk khas untuk jenis spesimen yang berbeza antara piawaian lain. Rupabentuk sekarang mengikut piawaian A.S.T.M adalah 'Compact Specimen', 'Single Edge Notched Bend','Arc Shaped Specimen','Middle Tension' dan 'Disc Shaped Compact Specimen'.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Idris, Norhisham
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Mechanics applied to machinery. Dynamics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering
Keywords: Merekabentuk, Fabrikasi, Klip Gauge
Date: 1996
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26500
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NORHISHAM IDRIS EM 96_5.pdf] Text
PPd_NORHISHAM IDRIS EM 96_5.pdf

Download (149kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

26500

Indexing

Statistic

Statistic details