Abstract
Tujuan projek akhir ini dibuat untuk menganalisa bagi projek akhir Diploma Rekabentuk Dalaman. Tajuk projek yang dicadangkan ialah Cadangan Rekabentuk Dalaman Restoran Seri Melayu diatas No 12 Jalan Titiwangsa, Lorong Titiwangsa 1, Kuala Lumpur. Sebelum menjalankan thesis in i, pelbagai prosedur perlu dilalui mengikut peringkatperingkat tertentu. Pelbagai faktor-faktor penting yang perlu diambil kira terutama dari sudut ruang dalaman dan termasuklah persekitaran luar tapak. Langkah pertama sebelum melakukan projek ini ialah mengenalpasti setiap masalah-masalah di tapak cadangan dari aspek dalaman dan persekitaran tapak. Ini adalah amat penting kerana ianya bertujuan untuk menyelesaikan masalah di tapak supaya sesuai dengan projek yang dicadangkan. Kajian bermula daripada asas sehingga bumbung bangunan. Selain itu, kajian terhadap ruang dalaman lain juga perlu diambilkira sebagai kajian kes terhadap projek ini yang mana ianya mempunyai hubungkait dengan projek yang dicadangkan. Sehubungan itu, kajian dan proses pengumpulan data ini akan diterapkan dalam proses rekabentuk yang selesa dan menarik disamping mewujudkan imej dan gaya tersendiri. Justeru itu juga , satu perancangan yang teliti telah dibuat sebelum rekabentuk cadangan ruang yang baru. Beberapa aspek penting perlu diambil kira untuk memastikan ruang yang dicadangkan mempunyai kepentingan dan dapat memenuhi keperluan pengguna.Keselesaan pengunjung juga amat penting agar pengunjung dapat menikmati ruang dengan lebih selesa. Secara keseluruhannya, rekabentuk baru yang dibuat haruslah menepati ciri-ciri dan kehendak penggunanya serta bersesuaian dengan konsep yang diterapkan . Lantaran itu, adalah diharapkan agar dengan wujudnya galeri ini akan dapat memberi manfaat kepada pengunjung, masyarakat dan negara.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ariff, Nur Azmira 2002142056 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdul Halim, Nurrajwani UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Jalan Titiwangsa, Lorong Titiwangsa, Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26496 |
Download
26496.pdf
Download (13kB)