Perniagaan informal di Pusat Bandar Batu Gajah, Perak / Nur Atika Syazila Muda dan Mimi Rozaida Mohamed Roduan

Muda, Nur Atika Syazila and Mohamed Roduan, Mimi Rozaida (2010) Perniagaan informal di Pusat Bandar Batu Gajah, Perak / Nur Atika Syazila Muda dan Mimi Rozaida Mohamed Roduan. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian Perniagaan Informal Di Pusat Bandar Batu Gajah ini adalah untuk mengkaji perancangan lokasi dan keadaan perniagaan yang dijalankan. Perniagaan informal merupakan salah satu sektor yang penting kerana ianya merupakan antara penyumbang ekonomi bagi penduduk di Pusat Bandar Batu Gajah. Kajian ini dilakukan untuk mengatasi isu yang wujud di kawasan kajian antaranya ialah perletakan gerai atau penjaja yang kurang bersesuaian serta kurang strategik, keadaan gerai yang tidak seragam serta kelihatan telah usang dan aspek kebersihan, aktiviti dan susunatur yang tidak diselenggara dengan baik telah menjejaskan imej pusat bandar. Keadaan dan perletakan perniagaan informal ini merupakan aspek yang penting kerana ianya dapat memberi keselesaan kepada peniaga serta pengunjung, disamping dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Kajian perniagaan informal ini juga memberi penekanan kepada empat peringkat yang meliputi tujuan dan objektif kajian, kajian teoritikal dan diikuti dengan analisis kajiselidik serta penemuan. Kajian kajiselidik dilakukan dengan menggunakan tiga kaedah utama iaitu pengamatan ke atas kawasan kajian, soalselidik peniaga dan pengunjung serta temubual bersemuka ke atas pihak MDBG. Penemuan analisis kajian mandapati terdapat beberapa masalah antaranya ialah perletakkan penjaja yang dan gerai yang tidak bersesuaian, imej dan pemandangan yang terjejas, keperluan penambahan tempat letak kenderaan (TLK) serta kemudahan. Cadangan-cadangan diusulkan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti iaitu pemusatan penjaja statik dan beredar, membaikpulih, pembagunan semula dan keseragaman gerai-gerai sediada, penambahan tempat letak kenderaan dan penyediaan elemen kemudahan yang mencukupi. Kesimpulannya, pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu pihak dari Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan cadangan yang dikemukan.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NUR ATIKA SYAZILA MUDA AP 10_5.pdf] Text
PPd_NUR ATIKA SYAZILA MUDA AP 10_5.pdf

Download (88kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

26495

Indexing

Statistic

Statistic details