Penyelenggaraan kestabilan cerun dilebuhraya / Arlina Ahmad

Ahmad, Arlina (2002) Penyelenggaraan kestabilan cerun dilebuhraya / Arlina Ahmad. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Isi kandungan bagi laporan dissertasi ini membincangkan topik berkaitan dengan penyelenggaraan kestabilan dan kaedah penstabilan cerun yang terdapat dikawasan kajian iaitu Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Borang kaji selidik yang diedarkan kepada pihak responden dan lawatan ke lebuhraya dibuat dengan menilai dan menganalisa penyelenggaraan cerun dikawasan kajian. Perbandingan ke atas 2 syarikat konsesi dari segi
penyelenggaraan dan kaedah penstabilan cerun dapat dilakukan. Penyelenggaraan yang dijalankan terhadap kestabilan cerun dibuat berdasarkan kepada garis panduan dan manual yang disediakan oleh pihak yang berkuasa. Pihak berkuasa inilah yang memastikan setiap penyelenggaraan dilaksanakan mengikut program yang diberikan. Pihak konsesi pula perlu melaksanakan tanggungjwab dan menyediakan kemudahan yang dapat menjamin keselamatan para pengguna lebuhraya. Pemeriksaan dan penyelenggaraan serta pemantuan yang berterusan samada harian, bulanan atau khas mestilah konsisten bagi memastikan kestabilan cerun sentiasa diawasi dan terjamin.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 26433.pdf]
Text
26433.pdf
Download (306kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
Processing
Indexing & Metrics