Abstract
Isi kandungan bagi laporan dissertasi ini membincangkan topik berkaitan dengan penyelenggaraan kestabilan dan kaedah penstabilan cerun yang terdapat dikawasan kajian iaitu Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Borang kaji selidik yang diedarkan kepada pihak responden dan lawatan ke lebuhraya dibuat dengan menilai dan menganalisa penyelenggaraan cerun dikawasan kajian. Perbandingan ke atas 2 syarikat konsesi dari segi
penyelenggaraan dan kaedah penstabilan cerun dapat dilakukan. Penyelenggaraan yang dijalankan terhadap kestabilan cerun dibuat berdasarkan kepada garis panduan dan manual yang disediakan oleh pihak yang berkuasa. Pihak berkuasa inilah yang memastikan setiap penyelenggaraan dilaksanakan mengikut program yang diberikan. Pihak konsesi pula perlu melaksanakan tanggungjwab dan menyediakan kemudahan yang dapat menjamin keselamatan para pengguna lebuhraya. Pemeriksaan dan penyelenggaraan serta pemantuan yang berterusan samada harian, bulanan atau khas mestilah konsisten bagi memastikan kestabilan cerun sentiasa diawasi dan terjamin.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Arlina 2000617310 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Kaliwon, Julaida UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements > Roadside development. Landscaping |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian) |
Keywords: | Penyelenggaraan cerun, kestabilan cerun, lebuhraya |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26433 |
Download
26433.pdf
Download (306kB)