Laporan cadangan merekabentuk ruang dalaman kedai sukan bola keranjang And 1 di Lot G19B Ipoh Parade, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh, Perak / Muhammad Idzwan Sawal

Sawal, Muhammad Idzwan (2005) Laporan cadangan merekabentuk ruang dalaman kedai sukan bola keranjang And 1 di Lot G19B Ipoh Parade, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh, Perak / Muhammad Idzwan Sawal. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir Rekabentuk Dalaman diperingkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Sebagai projek semester akhir penulis telah memilih skop dalam rekaan retail shop. Rekaan retail shop merupakan salah satu cabang dalam Rekabentuk Dalaman yang memerlukan pemikiran yang strategik dan kefahaman yang tinggi dalam prinsip rekabentuk kerana ianya melibatkan aspek-aspek yang menitik beratkan elemen-elemen daya penarik untuk meraih pelanggan dan memberi suasana yang sesuai dengan sasaran pelanggan selain daripada aspek-aspek psikologi, teknikal dan binaan. Produk pilihan untuk projek ini adalah AND 1, salah satu produk sukan bola keranjang yang semakin meningkat naik dipersada antarabangsa. Sebagai penaja kepada 20% pemain di liga National Basketball Association ( NBA ) dan mempunyai cawangan di 125 negara serata dunia, AND1 sudah boleh berbangga dengan rangkaian produknya yang terdiri daripada kasut, pakaian dan alatan sukan bola keranjang yang semakin menjadi pilihan remaja kerana imejnya yang tersendiri. Berbeza dengan produk popular yang lain seperti Nike dan Adidas, AND1 mempunyai tarikan tersendiri dimana setiap pembelian kasut AND1 akan disertakan dengan Mix Tape Tour yang menghimpunkan aksi-aksi menarik sepanjang penganjuaran pertandingan bola keranjang jalanan (street ball). Tujuan rekabentuk retail sebegini adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah kedai sukan specialist dalam sukan bola keranjang sahaja. Situasi yang dapat dilihat sekarang ialah tidak banyak kedai sukan yang menumpukan dalam satu produk sukan sahaja. Kebanyakkan dari pengusaha lebih berminat menjual produk sukan yang pelbagai dan selalunya produk sukan bola sepak yang menjadi majoriti produk jualan. Justeru, peminat bola keranjang selalunya tidak mempunyai pilihan yang pelbagai bagi memenuhi kesesuaian mereka. Impak dari keadaan ini sukan bola keranjang agak tenggelam berbanding sukan bola sepak di Malaysia. Kemunculan AND1 didalam pasaran produk bola keranjang diharapkan dapat meningkatkan komuniti peminatnya seterusnya menaikkan taraf sukan ini setanding dengan sukan-sukan yang lain.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sawal, Muhammad Idzwan
2002286408
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hazim, Zulkarnain
UNSPECIFIED
Advisor
Abdullah, Norashikin
UNSPECIFIED
Advisor
Alwi, Ramlah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Rekabentuk Dalaman
Keywords: Merekabentuk ruang, sukan bola keranjang, Ipoh Parade
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26039
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 26039.pdf] Text
26039.pdf

Download (556kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

26039

Indexing

Statistic

Statistic details