Abstract
Kajian yang dilakukan adalah mewujudkan sebuah restoran yang berimejkan atau beridentitikan Sarawak yang tampil dengan konsep yang ditonjolkan di dalam restoran iaitu ‘Legacy Of Sarawak Heritage - art, cultural in spirits’, iaitu sejarah peninggalan sejarah secara turun-temurun melalui kesenian, kebudayaan dalam kepercayaan yang meliputi kepelbagaian aspek seperti senibina dan rekabentuk, makanan, hasil kraf, pakaian serta keharmonian budaya hidup kaum etnik di Sarawak di mana ianya tampil dengan imej 'tradisional kontemporari’ tetapi tetap mengekalkan nilai tradisional yang ada pada masyarakat etnik Sarawak. Anbtara kajian yang telah dilakukan termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan juga kajian soal selidik. Tujuan kajian ini adalah untuk menkaji serta menganalisa kebaikan dan keburukan yang terdapat pada rangkaian makanan dan juga rekabentuk dalaman serta pengurusan terhadap sesebuah restaurant. Kajian-kajian serta proses pengumpulan data ini akan diterapkan di dalam proses merekabentuk untuk menghasilkan satu rekabentuk yang baru dengan gaya yang tersendiri. Secara keseluruhannya, projek ini dianggap menarik kerana terdapat sebuah restoran yang menghidangkan kepelbagaian jenis makanan etnik di Sarawak bersesuaian dengan imej serta konsep yang ingin ditonjolkan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Malek, Maziana 2001329309 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Hadzim, Zulkarnain UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration T Technology > TH Building construction > Decoration and decorative furnishings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | The Ethniccuisine, Sarawakians Restaurant, Lorong Bukit Busu, Perak, peninggalan sejarah |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26020 |
Download
26020.pdf
Download (124kB)