Abstract
Fenomena kesesakan lalulintas di Bandaraya Kuala Lumpur merupakan satu masalah kronik yang paling sukar untuk di atasi. lanya bagaikan sinonim bagi warga kota khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah bagi menangani permasalahan rumit ini seperti melebar dan memperbaiki sistem jalanraya, perkongsian kereta, laluan khas bas, sistem lampu isyarat berkomputer dan sebagainya. Sistem pengangkutan awam konservatif seperti bas dan teksi sudah tidak mampu untuk mengurangkan permasalahan ini. Maka beberapa pengangkutan alternatif telah diperkenalkan; dirintis oleh Komuter, STAR-LRT (Sistem Transit Aliran Ringan) dan yang terbaru PUTRA-LRT (Projek Usahasama Transit Ringan Automotif). Memandangkan PUTRA-LRT beroperasi dengan sistem kendalian otomatik sepenuhnya (tanpa pemandu) dan merupakan satu rangkaian trek yang terpanjang di dunia, ia memerlukan suatu sistem kendalian dan pengurusan yang cekap, efisyen dan efektif bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan menjejaskan keberkesanannya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhammad, Zulhilmi 98025351 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Kaliwon, Julaida UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair T Technology > TH Building construction > Building inspection |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian) |
Keywords: | Penyelenggaraan, transit ringan automatik, Bandaraya Kuala Lumpur |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25901 |
Download
25901.pdf
Download (2MB)