Abstract
Projek akhir rekabentuk dalaman adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek pilihan adalah cadangan merekabentuk cadangan merekabentuk cawangan baru Moleque Apperal beralamat di F-066 , F-067 Jalan F-O68 aras satu Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra , 59200 Kuala Lumpur (projek ini bertujuan untuk memperkenalkan jenama pakaian Moleque kepada para pelanggan terutamanya pelanggan yang mempunyai saiz badan yang bersaiz besar di samping menunjukkan rekabentuk dalaman bagi sebuah ruang niaga Moleque Apperal yang menjurus kepada konsep tropika dan mesra pelanggan. Ruang niaga Moleque Apperal ini merupakan butik pakaian berfesyen khusus untuk remaja dan wanita yang berumur diantara 16 tahun sehingga 45 tahun khususnya rakyat Malaysia . Antara cadangan ruang untuk projek ini adalah pintu masuk ke butik termasuk ‘ruang pameran tingkap dan keselamatan .kaunter bayaran dan pertanyaan, bilik persalinan, ruang konsultan fesyen, ruang memperbaiki pakaian dan ruangan ‘display’. Objektif utama adalah untuk menyediakan satu skema rekabentuk untuk cawangan baru Moleque yang akan berada di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur kerana ia merupakan sasaran pelanggan yang suka membeli-belah terutamanya penggemar fesyen terkini tanpa mengira status kewangan . Matlamat utama kajian ialah untuk untuk merekabentuk ruang dalaman butik Moleque menjadikannya menarik dan bersesuaian dengan imej dan konsep yang dibawanya serta setanding dengan butik-butik pakaian terkenal lain. Kesimpulannya diharapkan dengan kemunculan cawangan baru butik Moleque Apperal ini akan dapat meningkatkan lagi mutu rekabentuk butik di Malaysia .
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Syuhaiza UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk dalaman, Moleque Apperal |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25163 |
Download
PPd_SYUHAIZA ISMAIL AP 08_5.pdf
Download (116kB)