Abstract
Dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk, penggunaan pancaindera memainkan peranan penting dalam menganalisa berdasarkan apa yang dilihat, didengar, disentuh dan dirasa. Kombinasi ini akan menghasilkan idea rekabentuk yang berjaya. la juga haruslah dilihat dari pelbagai aspek sama ada luaran mahupun dalaman. Penggunaan elemen-elemen yang sesuai amat penting dalam penghasilan sesuatu rekabentuk bagi mendapatkan kesinambungan antara konsep projek yang ingin ditonjolkan. Dengan cara ini penghasilan sesuatu rekabentuk akan mencapai tahap kesempurnaan maksima. Sendayu Tinggi Spa ini ditubuhkan sebagai salah satu penyumbang kepada masyarakat dalam penjagaan dan perawatan kesihatan diri sejajar dengan saranan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, keluarga sihat keluarga ceria. Oleh itu, rekabentuknya haruslah menyentuh kepada aspek praktikaliti dan juga nilai estetik. Dengan adanya spa ini dapat membantu masyarakat dalam penjagaan kesihatan diri di samping menarik minat masyarakat untuk mengunjungi spa sebagai satu gaya hidup yang sihat. Selain itu, dapat mempromosikan barangan keluaran Malaysia sendiri iaitu Sendayu Tinggi.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Ghani, Siti Fawziah 2002286559 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Nor, Azizan UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Ruang dalaman, rekaan dalaman |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24903 |
Download
24903.pdf
Download (15kB)