Cadangan menaiktaraf ruang dalaman bilik pameran Perodua sedia ada di Lot 219, Block B, Jalan Lahat, 30200 Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Salmiah Aziz

Aziz, Salmiah (2007) Cadangan menaiktaraf ruang dalaman bilik pameran Perodua sedia ada di Lot 219, Block B, Jalan Lahat, 30200 Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Salmiah Aziz. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Objektif utama projek ini adalah untuk menaiktaraf ruang pameran Perodua yang sedia ada dengan mengaplikasikan konsep inovasi sesuai dengan matlamat korporat Perodua yang mahu menjadi antara syarikat automotif bertaraf antarabangsa yang mempunyai nilai kualiti yang terbaik untuk setiap pengeluaran keretanya. Pada hari ini, sesuai dengan keadaan pasaran yang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia, tidak mustahil apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Aspek psikologi ruang juga diaplikasikan untuk menarik lebih ramai pelanggan membeli kereta-kereta keluaran Perodua. Selain itu, pengumpulan data dan maklumat samada secara cetak atau lisan telah dilakukan secara berulang-ulang untuk mendapat maklumat sacara terperinci mengenai Perodua dan cadangan rekabentuk yang akan dinaiktarafkan. Setiap rekabentuk yang dilakukan mengambilkira pelbagai aspek, mengapa ianya direkabentuk sedemikian rupa. lanya bermula dengan pencarian masalah, isu-isu yang timbul, komen-komen pengguna pegumpulan data-data yang relevan dan sebagainya. Tanpa masalah dan isu, rekabentuk yang berinovatif tidak mungkin akan dilakukan. Dengan adanya inovatif dalam rekabentuk, sesuatu tidak akan mati atau mundur dan inovatif sesuai dengan peredaran zaman yang serba canggih dan berteknologi sekarang ini. Untuk projek akhir ini.melalui kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa masalah rekabentuk yang perlu dibaiki.Antara masalah rekabentuk yang ada di bilik pameran automobil Perodua sekarang ialah masalah aliran trafik, isu teknologi yang kurang dipraktikkan(‘information display ‘ dan ‘display system), isu psikologi dalam rekabentuk, isu ekologi(kaitan bangunan dengan alam persekitaran dan faedahnya), isu pengaruh sejarah tempatan dalam rekabentuk(penggunaan bahan tempatan atau motif), fasad bangunan yang tidak menarik, penggunaan bahan yang kurang sesuai dan praktikal dalam rekabentuk, isu 'gender’ dan isu ‘disability’. Rekabentuk yang akan dinaiktarafkan mengambilkira semua masalah yang timbul dan jalan penyelesaian yang sesuai dan terbaik telah diambil untuk dipraktikkan dalam rekabentuk yang dicadangkan. Jalan penyelesain seperti kaedah pameran kereta yang berteknologi dan ‘attractive’ penting untuk menarik minat pelanggan serta pelbagai jalan penyelesain lain yang diambil dan dibincangkan dalam topik ini berdasarkan rujukan, maklumatmaklumat yang relevan dan kajian yang telah dilakukan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aziz, Salmiah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Interior Design
Keywords: Rekabentuk dalaman
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24897
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_SALMIAH AZIZ AP 07_5.pdf] Text
PPd_SALMIAH AZIZ AP 07_5.pdf

Download (133kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

24897

Indexing

Statistic

Statistic details