Abstract
Tujuan laporan akhir ini adalah untuk membuat analisis bagi projek akhir diploma Rekabentuk Dalaman. Tajuk projek yang dicadangkan adalah Cadangan Menaiktaraf Dan Merekabentuk Dalaman Pusat Latihan ’Silat Olahraga’ yang terletak di Lorong Mewah 3 Fasa 1e, Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur untuk Persekutuan Silat Kebangsaan Kuala Lumpur (Pesaka). Didalam menghasilkan projek ini, beberapa panduan perlu diikuti melalui peringkat tertentu. Antaranya adalah, masalah-masalah di tapak cadangan perlu dikenal pasti dari pelbagai aspek sama ada di luar dan keadaan persekitaran tapak, kemudian barulah masuk kepada ruang dalaman pula. Ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah di tapak projek supaya ianya sesuai dengan projek yang dijalankan. Kajian kes pula perlu dijalankan, ini adalah penting bagi membuat perbandingan di antara rekaan yang baik ataupun sebaliknya dapat dikenal pasti. Kajian dan pengumpulan data melalui kajian kes ini serta segala maklumat dapat diterapkan dalam proses rekabentuk yang selesa dan menarik. Selain itu, melalui kajian yang terperinci, ianya mampu mewujudkan imej dan gaya yang tersendiri. Bagi mencapai matlamat tersebut, perancangan yang teliti harus dibuat sebelum merekabentuk cadangan ruang yang baru. Setiap ruang yang dicadangkan perlulah mempunyai kepentingannya yang tersendiri bagi mencapai objektif projek. Ini amat penting kerana sesebuah pusat latihan ’Silat Olahraga’ haruslah menepati kehendak dan keperluan latihan yang digariskan melalui sains sukan disamping mewujudkan semula semangat jatidiri dalam seni persilatan. Di harapkan dengan wujudnya pusat latihan ’Silat Olahraga’ ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Moktar, Razdhan 2001329069 |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Rekabentuk dalaman; pusat latihan; ‘Silat Olahraga |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24867 |
Download
24867.pdf
Download (123kB)