Abstract
Tujuan laporan akhir ini dibuat untuk mengkaji bagi projek akhir Diploma Senibina Dalaman. Tajuk projek yang dicadangkan ialah Cadangan Merekabentuk Ruang Dalaman “Clark’s Boutique” di atas Lot 58, 59, 60 dan 61 Tingkat 5 Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Sebelum menjalankan laporan ini, pelbagai faktor-faktor penting perlu di ambil kira terutama dari sudut dalaman dan termasuk persekitaran luar tapak. Langkah pertama sebelum melakukan projek ini adalah mengenal pasti setiap masalah di tapak cadangan dan persekitarannya. Ini adalah amat penting kerana ianya bertujuan untuk menyelesaikan di tapak supaya sesuai dengan projek yang di cadangkan. Kajian di lakukan adalah dari pelbagai aspek bermula daripada lantai sehinggalah siling. Selain itu juga, kajian terhadap kedai komersial lain juga perlu di ambil kira sebagai kajian kes terhadap projek ini yang mana ianya mempunyai hubungkait dengan projek yang di cadangkan. Sehubungan dengan itu, kajian dan proses pengumpulan data ini akan diterapkan dalam proses rekabentuk yang selesa dan menarik di samping mewujudkan imej dan gaya yang tersendiri. Justeru itu juga, satu perancangan yang teliti perlu di buat sebelum rekabentuk cadangan ruang yang baru. Beberapa aspek penting perlu di ambil kira untuk memastikan ruang yang di cadangkan mempunyai kepentingan dan dapat memenuhi keperluan pelanggan serta keselesaan pelanggan juga amat penting agar pelanggan tersebut dapat menikmati ruang dengan lebih selesa. Selain daripada faktor-faktor di atas, faktor psikologi ruang juga memainkan peranan dengan elemen-elemen yang dimuatkan di dalam ruang-ruang tersebut agar pelanggan lebih bersemangat untuk terus membeli belah. Secara kesimpulannya rekabentuk baru yang bakal di jalankan ini haruslah menepati ciri-ciri dan kehendak pelanggan serta bersesuaian dengan konsep yang ingin di tonjolkan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ghazali, Muhammad Nazmi 2003260206 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Nor, Othman UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Interior design, interior decoration |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24701 |
Download
24701.pdf
Download (21kB)