Abstract
Tujuan thesis ini dibuat adalah untuk menganalisa bagi projek akhir Diploma Rekabentuk Dalaman. Tajuk projek yang dicadangkan ialah Cadangan Tapak Dan Rekabentuk Baru Bagi Cawagan Kafe Chawan Diatas sebahagian lot no 76, Persiaran Greeentownl, Pusat Perdagangan Ipoh,Perak. Sebelum menjalankan thesis ini, pelbagai prosedur perlu dilalui melalui beberapa peringkat tertentu. Pelbagai faktor penting perlu di ambil kira terutamadari sudut ruang dalaman termasuk keseluruhan ruang sekitar tapak. Langkah pertama sebelum melakukan projek ini adalah mengenalpasti setiap masalah di tapak cadangan dari aspek dalaman serta persekitaran tapak. Langkah langkah ini amat penting kerana ia adalah bertujuan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di tapak cadangan. Selain itu kajian terhadap klien juga perlu di ambil kira kerana ia sedikit sebanyak mem bantu di dalam proses merekabentuk. Dengan kajian serta pengumpulan data yang telah dijalankan secara tidak lansung dapat membantu di dalam proses merekabentuk dimana ia akan mendapatkan satu rekabentuk yang selesa, menarik serta memenuhi segala aspek samada dari segi imej mahupun gaya yang tersendiri. Sehubungan itu satu perancangan yang teliti telah dibuat sebelum merekabentuk cadangan ruang baru. Beberapa aspek penting perlu di ambil kira untuk memastikan ruang yang dibuat mempunyai kepentingan dan dapat memenuhikeperluan pengguna atau klien. Rekabentuk serta imej yang akan ditonjolkan amat penting agar ianya bersesuaian dan memberi keselesaan kepada pengguna. Oleh sebab itu faktor psikologi perlu diambil kira agar elemen elemen yang diterapkan dapat memberi rasa semangat serta keseronokan bagi pengunjung yang akan datang ke kafe ini nanti.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Omar, Nor Zaidah UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Rekabentuk Dalaman |
Keywords: | Interior design, Interior decoration |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24692 |
Download
24692.pdf
Download (1MB)