Abstract
Tajuk bagi laporan kajian ini adalah cadangan merekabentuk ruang dalaman bagi “CSL Flagship Store” untuk Kumpulan Syarikat CSL (CSL GROUP OF COMPANIES) di Lot. 322, Aras 3, Suria KLCC, Jalan Ampang, 50088, Kuala Lumpur.Tujuan kajian ini dijalankan adalah sebagai memenuhi syarat wajib untuk perlaksanaan projek untuk pelajar tahun akhir Diploma Rekabentuk Dalaman serta menyediakan garis panduan yang betul untuk generasi akan datang dalam menjalankan kajian sesuattu kes.Pelbagai proses perlu dihadapi dalam menyiapkan laporan kajian tesis ini yang mana perlu diambil kira. Matlamat utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengubahsuai ruang dalaman bagi memberi satu imej baru kepada pihak klien supaya dapat meluaskan lagi produk mereka di pasaran. Krisis ekonomi dunia yang kian berleluasa dan sukar di jangka bukan sahaja menyebabkan negara kita menghadapi masalah dalam sektor kewangan.malah menyebabkan para pengguna dan peminat gajet-gajet elektronik seperti telefon bimbit menghadapi kesukaran untuk memilikinya. Apatah lagi.telefon bimbit adalah boleh di kategorikan sebagai keperluan wajib pada hari ini kerana fungsi dan kelebihannya. Untuk itu, langkah pemilihan barangan CSL adalah satu langkah yang bijak kerana barangan seperti telefon bimbit yang dihasilkan adalah dijamin bermutu tinggi setaraf dengan jenama-jenama syarikat pengeluar Eropah seperti Nokia dan sebagainya. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi apabila produk CSL telah mendapat pengiktirafan daripada pihak SIRIM. Malah apa-apa yang lebih menarik, produk CSL adalah hasil kajian yang dijalankan oleh anak tempatan Malaysia sendiri. Dengan menyahut cabaran Malaysia untuk mengenengahkan produk buatan Malaysia ke peringkat antarabangsa.CSL kini telah berkembang aktif dan sedang menuju ke arah perdagangan antarabangsa dan jalinan ekonomi ini akan memberikan impak yang positif dan pastinya akan membantu ekonomi Malaysia ke arah lebih gemilang.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hanapi, Mohd Farid UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Interior design, Interior decoration |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24674 |
Download
PPd_MOHD FARID HANAPI AP 09_5.pdf
Download (139kB)