Abstract
Objektif utama projek ini adalah untuk merekabentuk dalaman pusat latihan kelab yo-yo malaysia dengan mengaplikasikan konsep inovasi sesuai dengan visi serta misi kelab tersebut untuk menarik pengunjung-pengunjung tidak kira usia untuk mencuba dan mengenali permainan yo-yo ini dengan tebih dekat. Pada hari ini, sesuai dengan keadaan teknologi yang mendapat sambutan menggaiakkan daripada rakyat Malaysia, tidak mustahil apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Selain itu, pengumpulan data dan makiumat samada secara cetak atau lisan teiah dilakukan secara berulang-ulang untuk mendapat makiumat sacara terperinci mengenai Kelab yo-yo Malaysia dan cadangan rekabentuk yang akan diaplikasikan. Setiap rekabentuk yang dilakukan mengambilkira pelbagai aspek, mengapa ianya direkabentuk sedemikian rupa. Ianya bermula dengan pencarian masalah, isu-isu yang timbul, komen-komen pengguna pegumpulan datadata yang relevan dan sebagainya. Tanpa masalah dan isu, rekabentuk yang berinovatif tidak mungkin akan dilakukan. Dengan adanya inovatif dalam rekabentuk, sesuatu tidak akan mati atau mundur dan inovatif sesuai dengan peredaran zaman yang serba canggih dan berteknologi sekarang ini. Untuk projek akhir ini.melalui kajian yang telah dfouat, tidak terdapat masalah rekabentuk kerana ianya merupakan projek pertama buat kelab ini dan berharap ianya beijalan dengan lancar. Rekabentuk yang akan dicadangkan mengambilkira semua masalah yang timbul dan jalan penyelesaian yang sesuai dan terbaik telah diambil untuk dipraktikkan dalam rekabentuk yang dicadangkan. Selain itu, rekabentuk ini akan diaplikasikan mengikut kesesuaian ruang serta keperluan yang menepati kesemua kehendak klien serta kegunaannya. Dalam merekabentuk daiaman ruang ini.perlu diambil kira bagaimana untuk menarik perhatian serta memberi mereka rangsangan untuk mencuba dalam permainan ini. Ianya kini bukan sekadar hobi malah dijadikan sebahagian hidup untuk mencari rezeki bagi mereka yang benar-benar meminati permainan ini. Oleh itu,dengan adanya pusat latihan ini, ianya mampu menyakinkan orang ramai mengenai kewujudan kelab ini dan kesemua yang berkaitan dengan kelab ini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mazlan, Nur Nabilah UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | interior design, Interior decoration |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24672 |
Download
PPd_NUR NABILAH MAZLAN AP 09_5.pdf
Download (113kB)