Laporan cadangan rekabentuk dalaman Pusat Jagaan Harian Kanak-Kanak Spastik, Bandar Ipoh, Dl Lot 89, 91, Jalan Jambu, Taman Teh Tean Seng, 31400, Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Idaura Fadhya Che Ibrahim

Che Ibrahim, Idaura Fadhya (2006) Laporan cadangan rekabentuk dalaman Pusat Jagaan Harian Kanak-Kanak Spastik, Bandar Ipoh, Dl Lot 89, 91, Jalan Jambu, Taman Teh Tean Seng, 31400, Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Idaura Fadhya Che Ibrahim. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir ini adalah merupakan cadangan rekabentuk ruang dalaman bagi Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak Spastik di Ipoh, Perak. Cadangan rekabentuk ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang dapat melahirkan individu spastik yang berkeyakinan dan bebas melakukan aktiviti harian dengan bantuan seminima yang boleh dari pihak lain. Konsep rekabentuk dalaman yang dipilih ialah ‘ Life Through Reality ‘ yang menggambarkan rekabentuk yang dihasilkan di dalam projek ini adalah untuk merealisasikan impian kanak-kanak spastik untuk hidup seperti kanak-kanak normal yang lain. Konsep ini dipilih berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat terhadap kanak-kanak spastik yang kebanyakannya beranggapan mereka tidak berpeluang untuk menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. Objektif kajian ini adalah untuk mewujudkan rekabentuk dan keperluan ruang yang diperlukan oleh kanak-kanak spastik, menyediakan kemudahan rekabentuk, peralatan serta perabot yang diperlukan untuk mereka bergerak bebas dan selamat, dan memastikan perlaksanaan Pusat Jagaan Harian yang memenuhi kriteria dan garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dibuat berkenaan Pusat Jagaan Harian di sekitar bandar Ipoh, terdapat isu yang telah dikenalpasti di mana kebanyakan pusat jagaan yang menempatkan golongan kanak-kanak spastik ini tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan untuk mereka dari aspek rekabentuk, -kesesuaian perabot, keselamatan dan psikologi. Oleh yang demikian, projek ini adalah salah satu usaha dalam membantu golongan kanak-kanak spastik ini dalam merealisasikan impian mereka untuk menjalani kehidupan normal sesuai dengan konsep yang telah digambarkan ‘ Life Through Reality

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Che Ibrahim, Idaura Fadhya
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Interior Design
Keywords: Cadangan rekabentuk dalaman; Rekabentuk ruang dalaman; Pusat Jagaan Harian Kanak-Kanak Spastik
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24325
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_IDAURA FADHYA CHE IBRAHIM AP 06_5.pdf] Text
PPd_IDAURA FADHYA CHE IBRAHIM AP 06_5.pdf

Download (101kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

24325

Indexing

Statistic

Statistic details