Abstract
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk menganalisa projek akhir Diploma Senibina Dalaman ini. Projek yang dicadangkan ialah merekabentuk skim barn bagi Butik Tom Abang Saufi di kompleks membeli-belah The Garden Mid Valley Kuala Lumpur iaitu sebuah butik baju. lanya akan bersuasanakan ciri-ciri Sarawak dengan membawa bersama matlamat, perancangan yang sistematik dan fugsi bagi setiap ruang tanpa meminggirkan keperluan dan keselesaan pelanggan. Selain itu, Butik Tom Abang Saufi juga membawa bersama objektif untuk membentuk satu tarikan baru yang membawa kepada keuntungan kepada negara sempena Tahum Melawat Malaysia 2007. Objektif lain bagi cadangan ini adalah untuk memperkembangkan dan memperkenalkan pakaian moden yang bermotifkan eleman-eleman Sarawak dalam industri fesyen supaya dapat diterima oleh setiap lapisan masyarakat dan pelancong luar negara yang datang ke Malaysia. Pelbagai prosedur perlu dilakukan mengikut peringkat tertentu di mana pelbagai faktor penting perlu diberi perhatian. Terutamanya dari sudut ruang dalaman dan persekitaran luar tapak. Lawatan ke tapak lot cadangan juga telah dibuat untuk melihat keadaan asal lot. Ini adalah untuk mengenalpasti setiap masalah di tapak cadangan dari aspek dalaman dan persekitaran tapak. lainya bertujuan untuk menyelesaikan masalah di tapak supaya ianya sesuai dengan projek yang telah dicadangkan. Pada masa yag sama, gambar lot dan sekitarnya diambil begitu juga dengan ukuran tapak lot tersebut. Ini secara tidak langsung dapat memudahkan proses rekabentuk dijalankan. Cadangan untuk mereka bentuk dalaman butik ini adalah kerana ingin menarik ramai lagi pelanggan datang ke butik tersebut. Kombinasi diantara rekabentuk cadangan dan imej iaitu moden tradisional diharapkan dapat memberi hasil yang sesuai untuk Butik Tom Abang Saufi ini. Kesimpulannya, butik ini bukan sahaja memberi gambaran yang baik pada masyarakat dan pelancong kuar negara mengenai butik pakaian, malah ia juga mampu berfungsi dengan sebaiknya kepada para pelanggan dari segi rekabentuk dan juga perkhidmatannya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Halim, Fazilah Rabul UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24317 |
Download
PPd_FAZILAH RABUL HALIM AP 08_5.pdf
Download (96kB)