Abstract
Cadangan Rekabentuk Dalaman 'Apple Centre’ adalah merupakan sebuah projek untuk Apple Malaysia Sdn. Bhd. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk menunjukkan rekabentuk ruang dalaman bagi ‘Apple Centre’ dan memperbaiki kekurangan yang ada. Tapak lokasi yang dicadangkan adalah di tingkat empat bangunan Avenue K, di pusat Bandar Kuala Lumpur. ‘Apple Centre’ merupakan sebuah pusat yang dapat memberikan peluang kepada pengunjung untuk mengetahui lebih mendalam tentang produk Apple malah dapat memberikan kemudahan latihan kepada mereka yang berminat. Terdapat beberapa cadangan ruang pada projek ini iaitu, ruang pameran, ruang latihan yang dapat memuatkan 4 hingga 6 orang dalam satu masa, dan ruang pejabat. Dalam menjayakan projek ini, metadologi kajian telah dijalankan seperti merujuk buku- buku dan majalah, kajian kes dijalankan malah kemudahan internet digunakan bagi mengumpul data- data yang penting. Kepentingan yang begitu jelas dapat kita lihat dengan kewujudan Apple Centre ini akan menambahkan lagi kepelbagaian rekabentuk terutamanya dalam rekabentuk dalaman sebuah kedai sejajar dengan pembangunan masa kini malah dapat membantu melariskan lagi penjualan produk Apple di Malaysia. Secara kesimpulannya, rekabentuk baru yang bakal di jalankan ini haruslah menepati ciri- ciri dan kehendak pelanggan serta bersesuaian dengan konsep yang ingin di tonjolkan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Faris Syahmi UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk Dalaman; Apple Centre |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24315 |
Download
PPd_FARIS SYAHMI OTHMAN AP 07_5.pdf
Download (100kB)