Cadangan rekabentuk dalaman Number Eight Guesthouse di Malacca Heritage Lane, Jalan Laksamana, Bandar Hilir, 75000 Melaka / Anwar Effendy Nadzri

Nadzri, Anwar Effendy (2006) Cadangan rekabentuk dalaman Number Eight Guesthouse di Malacca Heritage Lane, Jalan Laksamana, Bandar Hilir, 75000 Melaka / Anwar Effendy Nadzri. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Cadangan Rekabentuk Dalaman hotel bajet Number Eight Guesthouse ini adalah merupakan sebuah projek untuk S.A Two Development Sdn. Bhd. Projek ini dijalankan untuk memperluaskan lagi pemiagaan syarikat ini disamping memperkenal konsep baru dalam rekabentuk hotel bajet kepada para pengunjung. Hotel dan kemudahan - kemudahan ini bertujuan untuk memajukan sektor pelancongan. Kebanyakan rekabentuk, imej dan konsep yang ditonjolkan dalam senibina adalah gaya senibina tempatan dan moden. Antara metodologi kajian yang dijalankan adalah melalui temuramah, pemerhatian, bahan - bahan bacaan seperti buku dan majalah, soal selidik dan temuramah. Antara cadangan ruang untuk projek ini adalah seperti kaunter, lobi dan informasi, ruang ‘chill out’.kafe, bilik tetamu, pantry dan pejabat operasi strategi dan pengurusan. Tapak lokasi terietak di ‘segitiga emas pelancongan’ di Bandar Hilir, Melaka iaitu Melaka Heritage Lane, Jalan Laksamana. Hasil utama kajian ini adalah meliputi informasi mengenai isu - isu dan permasalahan dalam sektor pemotelan dan pelancongan. la juga mengandungi kehendak dan kepeiiuan setiap pelancong. Dengan adanya tempat - tempat penginapan seperti ‘hotel’, ‘resort’ dan ‘Guesthouse’ ini dapat menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang dan menikmati keindahan disitu. Ini juga dapat memberi peluang kepada pengunjung yang datang bercuti bersama keluarga dan rakan - rakan untuk menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Disamping itu juga ini dapat mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPd_ANWAR EFFENDY NADZRI AP 06_5.pdf]
Text
PPd_ANWAR EFFENDY NADZRI AP 06_5.pdf
Download (114kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics