Penyelenggaraan sistem lif (Kes Kajian: Plaza Perangsang, Intekma Resort, Kajian Sains Gunaan I.T.M S.Alam, Kajian Kejuruteraan I.T.M S.Alam dan Kajian Sains Kesetiausahaan I T.M S.Alam) / Azmin Osman

Osman, Azmin (1999) Penyelenggaraan sistem lif (Kes Kajian: Plaza Perangsang, Intekma Resort, Kajian Sains Gunaan I.T.M S.Alam, Kajian Kejuruteraan I.T.M S.Alam dan Kajian Sains Kesetiausahaan I T.M S.Alam) / Azmin Osman. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Sesebuah bangunan tidak dapat dipisahkan dengan aspek penyelenggaraan. Ini kerana tanpa menekankan aspek-aspek penyelenggaraan, sesebuah bangunan itu tidak dapat menampilkan perkhidmatan yang sempurna. Begitu juga dengan bangunan yang menyediakan perkhidmatan sistem lif. Sistem lif yang disediakan memerlukan penyelenggaraan bagi memberikan perkhidmatan yang selesa kepada penghuni atau pengguna bangunan. Penyelenggaraan bagi sistem lif adalah penting dan perlu diberi perhatian kerana ia merupakan faktor utama bagi pengoperasian lif yang sempurna dan selamat. Penyelenggaraan lif juga penting untuk memenuhi syarat - syarat Jabatan. Kesihatan dan Keselamatan Perkerja mengenai kelulusan penggunaan lif di bangunan - bangunan. Secara ringkas diissertasi ini akan mengkaji penyelenggaraan sistem lif dari segi penyelenggaraan yang berjadual dan perbandingan kerosakan diantara lima buah bangunan yang berada di bawah kajian penulis iaitu bangunan Plaza Perangsang, Intekma Resort dan bangunan Kajian Kejuruteraan I.T.M Shah Alam, bangunan Sains Gunaan I.T.M Shah Alam dan bangunan Sains Kesetiausahaan I.T.M Shah Alam. Aspek kajian adalah terhadap kerosakan peralatan lif yang mana perlu diberi penekanan terhadap penyelenggaraannya dan bagaimana sesuatu pengurusan penyelenggaraan lif dilaksanakan. Selain dari itu dissertasi ini juga akan mengkaji struktur organisasi penyelenggaraan sistem lif, peratus kerosakan dan pembaikan, mengenal pasti dan mengkaji tentang peralatan asas yang terdapat didalam sistem lif, mengkaji bahagian peralatan manakah yang selalu mengalami kerosakan dan perlu diberi penekanan terhadap penyelenggaraannya. Diakhir dissertasi ini, penulis akan membuat rumusan terhadap pengurusan penyelenggaraan sistem lif , kekerapaan kerosakan dan pembaikan bagi menilai jangka hayat dan kepentingannya dari segi ekonomi, fizikal dan fungsinya.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_AZMIN OSMAN AP 99_5.pdf] Text
TD_AZMIN OSMAN AP 99_5.pdf

Download (113kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24186

Indexing

Statistic

Statistic details