Penyelenggaraan sistem bekalan air kes kajian: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Negara / Syamful Azman Ibrahim

Ibrahim, Syamful Azman (1997) Penyelenggaraan sistem bekalan air kes kajian: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Negara / Syamful Azman Ibrahim. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.
Abstract

Sesebuah bangunan tidak dapat dipisahkan dengan aspek penyelenggaraan. Begitu jugalah dengan masjid. Penyelenggaraan untuk sistem perkhidmatan bekalan air masjid amat perlu diberi perhatian yang serius agar sistem ini sentiasa efisyen dan dapat mengurangkan kesulitan kepada pengguna serta kerugian kepada pemilik. Secara ringkas dissertasi ini akan mengkaji penyelenggaraan sistem bekalan air dan struktur organisasi pengurusan penyelenggaraan bagi dua buah masjid yang berada di bawah kajian penulis iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) dan Masjid Negara. Aspek kajian struktur organisasi pengurusan penyelenggaraan merangkumi carta organisasi, objektif, keupayaan bertindak organisasi terbabit dan bagaimana sesuatu pengurusan yang merangkumi perancangan, pengarahan. pengawalan dan penyeliannya. Selain itu dissertasi ini juga akan mengkaji kos penyelenggaraan sistem bekalan air pada sepanjang tempoh 4 tahun (tahun 1993 - 1996). Aspek kos ini ialah kos pembaikan dan alatganti untuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem bekalan air di kedua-dua buah masjid yang terbabit. Di akhir dissertasi ini, penulis akan membuat rumusan, masjid yang terbaik dari aspek pengurusan penyelenggaraan dan juga aspek kos penyelenggaraan untuk sistem bekalan air.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of TD_SYAMFUL AZMAN IBRAHIM AP 97_5.PDF]
Text
TD_SYAMFUL AZMAN IBRAHIM AP 97_5.PDF
Download (106kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics