Abstract
Kajian ini membincangkan tentang faktor-faktor pembangunan tanah wakaf.Antara objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor dan halangan pembangunan tanah wakaf. Kajian kualitatif ini menggunakan metod perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan dijalankan dengan membuat rujukan terhadap buku akademik, laporan mahkamah dan dokumen-dokumen yang berkaitan.Kajian lapangan telah dilakukan dengan temubual dengan orang yang mahir mengenai wakaf bagi mendapat maklumat yang berkaitan. Pembangunan tanah wakaf berbeza di setiap negeri. Hal ini kerana,terdapat MAIN yang telah maju kehadapan yang memantapkan lagi usaha sementara terdapat MAIN yang masih lagi di tahap
yang sama. Sokongan yang padu daripada JAWHAR, JAKIM dan agensi-agensi bukan kerajaan amat diperlukan bagi membantu di dalam pembangunan tanah wakaf.
Beberapa dapatan kajian yang telah diperolehi daripada penganalisaan telah mengenalpasti beberapa faktor-faktor pembangunan dan halangan tanah wakaf. Justeru itu,kajian ini telah mengutarakan beberapa cadangan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Cadangan yang mendalam berkaitan tanah wakaf perlulah diperbanyakkan supaya dapat mentafsir
peruntukkan undang-undang tanah wakaf dengan lebih jelas. Segala cadangan yang dikemukakan adalah untuk memantapkan MAIN dari segi pengurusan dan
pentadbiran di dalam pembangunan harta tanah wakaf.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kamaruzaman, Kamal Arij UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Land tenure (Islamic law) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Keywords: | Waqf, land |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23807 |
Download
PPd_KAMAL ARIJ KAMARUZAMAN ACI B 16_5.pdf
Download (163kB)