Abstract
Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) melibatkan beberapa aktiviti dan kaedah yang dilaksanakan secara berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif. la tidak terhad kepada penyampaian syarahan di dalam bilik kuliah sahaja. Kini, kaedah P&P lebih menjurus kepada pendedahan secara praktikal dan pengalaman antaranya melalui kaedah lawatan akademikpelajar. UiTM(Perak) turut melaksanakan kaedah ini sebagai salah satu metod pengajaran yang ditekankan dalam kurikulum. Namun begitu, proses permohonan aktiviti lawatan akademik pelajaryang kurang efisien seringkali menjadi permasalahan yang mengganggu proses P&P di UiTM (Perak). Justeru, kertas kerja ini membincangkan kelemahan dalam proses permohonan lawatan akademik pelajar sedia ada dan cadangan untuk penambahbaikan. Penemuan daripada kajian empirikal ini telah mendedahkan beberapa kelemahan dalam proses permohonan sedia ada antaranya pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) sukar untuk membuat pemantauan terhadap permohonan manakala pemohon (pensyarah) pula lambatdan kurang jelas berhubung status permohonan. Keadaan ini telah menyebabkan masalah sampingan berlaku seperti pelajar lew at mendapat wang perbelanjaan lawatan dan kesukaran untuk mendapatkan bas untuk kegunaan lawatan akademik tersebut. Oleh itu, kaedah permohonan atas talian 'e-Lawatan Akademik Versi 1 'dibangunkan berorientasikan inovasi sistem sedia ada. Objektif utama pembangunan sistem ini adalah untuk menambah baik prosedur sedia ada dengan mengambil kirafaktor masa, kos dan penyimpanan rekod semasa. Sistem ini lebih efisien dan mudah untuk dikendalikan. Ujilari sistem ini menunjukkan proses permohonan dapat disingkatkan daripada 21 hari (manual) kepada 14 hari (sistem e-lawatan akademik). Selain itu, sistem inijuga dapat menyimpan rekod permohonan dengan lebih sistematik dan menjimatkan kos. Sistem ini amat sesuai diaplikasikan di seluruh UiTM dalam usaha menyediakan program akademik yang berkualiti dan inovatif.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd, Thuraiya UNSPECIFIED Abd Rahman, Nor Azalina Yusnita UNSPECIFIED Ilias, Nur Hanim UNSPECIFIED Mansor, Azran UNSPECIFIED Che Pin, Siti Fairuz UNSPECIFIED Senawi, Asma UNSPECIFIED Deraman, Nur Afni UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
Journal or Publication Title: | Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM) |
ISSN: | 2600-7606 |
Volume: | 1 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 53-68 |
Keywords: | Lawatan akademik; e-lawatan akademik |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23751 |