Pemahaman Pelajar Terhadap Perniagaan Skim Cepat Kaya: Kajian terhadap Pelajar Semester 5, Diploma Muamalat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Kampus Puncak Alam / Armah Nafishah Mohd Makhram

Mohd Makhram, Armah Nafishah (2018) Pemahaman Pelajar Terhadap Perniagaan Skim Cepat Kaya: Kajian terhadap Pelajar Semester 5, Diploma Muamalat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Kampus Puncak Alam / Armah Nafishah Mohd Makhram. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Zaman sekarang terlalu ramai yang ingin mendapatkan sesuatu dengan cepat. Contohnya seperti ingin mendapatkan wang yang banyak dengan cara yang mudah dan cepat. Perkara ini telah menyebabkan ramai yang menyertai perniagaan skim cepat kaya yang semakin berleluasa sama ada yang muda ataupun tua. Skim cepat kaya ialah satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah
pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko. Kajian ini adalah tentang pemahaman pelajar terhadap perniagaan skim cepat kaya di kalangan pelajar semester 5 Diploma Muamalat
ACIS (Akademi Pengajian Islam Kontemporari) UiTM Kampus Puncak Alam. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif melalui edaran kajian set soal selidik dalam kalangan pelajar semester 5 Diploma Muamalat. Kajian ini merangkumi tiga objektif iaitu untuk menghuraikan definisi dan sejarah, mengkaji tahap kesedaran pelajar dan meramal faktor keterlibatan pelajar pengajian tinggi dalam skim cepat kaya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_ARMAH NAFISHAH MOHD MAKHRAM ACI B 18_5.pdf]
Text
PPb_ARMAH NAFISHAH MOHD MAKHRAM ACI B 18_5.pdf
Download (31kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics