Abstract
Zaman sekarang terlalu ramai yang ingin mendapatkan sesuatu dengan cepat. Contohnya seperti ingin mendapatkan wang yang banyak dengan cara yang mudah dan cepat. Perkara ini telah menyebabkan ramai yang menyertai perniagaan skim cepat kaya yang semakin berleluasa sama ada yang muda ataupun tua. Skim cepat kaya ialah satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah
pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko. Kajian ini adalah tentang pemahaman pelajar terhadap perniagaan skim cepat kaya di kalangan pelajar semester 5 Diploma Muamalat
ACIS (Akademi Pengajian Islam Kontemporari) UiTM Kampus Puncak Alam. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif melalui edaran kajian set soal selidik dalam kalangan pelajar semester 5 Diploma Muamalat. Kajian ini merangkumi tiga objektif iaitu untuk menghuraikan definisi dan sejarah, mengkaji tahap kesedaran pelajar dan meramal faktor keterlibatan pelajar pengajian tinggi dalam skim cepat kaya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Makhram, Armah Nafishah UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics H Social Sciences > HF Commerce > Business ethics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Keywords: | Get-rich-quick scheme, pyramid schemes, gambling, fraudulent investment schemes |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23319 |
Download
PPb_ARMAH NAFISHAH MOHD MAKHRAM ACI B 18_5.pdf
Download (31kB)