Abstract
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan modul Hot Potatoes untuk penambahbaikan kesilapan sintaksis dalam pembelajaran Bahasa Mandarin di kalangan pelajar-pelajar Melayu. Walaupun subjek kajian telah dibekalkan dengan buku latihan, namun masih banyak kesilapan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar- pelajar semasa menjawab soalan ujian bertulis bahasa Mandarin, khususnya dari segi susun semula ayat samada disebabkan oleh gangguan bahasa ibunda, kecuaian ataupun tidak memahami nahu dan struktur bahasa Mandarin. Dengan menggunakan persampelan selesa (convenient sampling), sejumlah 91 orang pelajar dari UiTM Kedah dan UiTM Terengganu telah dipilih sebagai subjek kajian. Sejumlah 48 orang pelajar telah menggunakan modul Hot Potatoes dalam pembelajaran bahasa Mandarin selama lapan minggu berturut-turut. Berdasarkan keputusan ujian Mann-Whitney U, tiada sebarang perbezaan pencapaian di antara kumpulan pelajar yang menggunakan modul Hot Potatoes dengan kumpulan pelajar yang tidak menggunakannya. Sebagai kesimpulan, modul Hot Potatoes dalam kajian ini sebenamya dapat mengkayakan kaedah pengajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa asing dan ia seharusnya digunakan lebih proaktif ketika di dalam kelas agar dapat memanfaatkan para pelajar.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Lee, Chai Chuen UNSPECIFIED Goh, Ying Soon UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar > Comparative grammar > Syntax |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah |
Keywords: | Sintaksis; Bahasa Mandarin; Pelajar Melayu |
Date: | July 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22470 |
Download
LP_LEE CHAI CHUEN IRMI K 11_5.pdf
Download (421kB)