Abstract
Ramai sarjana dan ahli politik Malaysia berpandangan Tsunami Politik pada 8 Mac 2008 didakwa sebagai titik mula bagi perubahan dalam lanskap politik Malaysia. Agama yang sekian lama menjadi elemen terpenting dalam politik Malaysia yang perkauman dilihat semakin kurang peranannya. Politik Malaysia pasca Tsunami Politik dilihat lebih ‘sekular’, ‘buta warna’ atau tidak komunal. Bersandarkan keputusan pilihanraya umum 8 Mac 2008 dan pelbagai pilihanraya kecil yang kebanyakannya lebih memihak kepada Pakatan Rakyat, agama dilihat semakin hilang peranan dalam politik Malaysia. Begitu juga dengan penggunaan agama dalam memasarkan politik, parti-parti yang dahulunya begitu cenderung dalam menggunakan agama bagi beroleh sokongan nampaknya memilih pendekatan lembut berbanding radikal. Justeru itu, kajian ini cuba melihat sejauh mana agama memainkan peranan dalam politik Malaysia secara menyeluruh.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed@Bakar, Badrul Azmier UNSPECIFIED Abd Muis, Mujibu UNSPECIFIED Hussin, Zaliha UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Works in defense of Islam. Islamic apologetics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Date: | October 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22382 |
Download
LP_BADRUL AZMIER MOHAMED@ DAKAR IRMI K 10_5.pdf
Download (98kB)