Abstract
Solat adalah rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh semua muslim lelaki dan perempuan setelah melafazkan pengakuan tauhid iaitu ucapan dua kalimah syahadah. Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menerangkan mengenai keutamaan dan kepentingan ibadah solat ini Sesungguhnya, solat itu bukan sahaja dianggap sebagai rukun Islam tetapi juga merupakan tiang agama yang menjadi tonggak terhadap keutuhan agama Islam itu sendiri selain membawa maksud tiang agama bagi diri seseorang Muslim. Sekiranya salah satu ibadah solat telah ditinggalkan dalam sehari, maka tempanglah agama seseorang itu. Telah banyak modul-modul solat dijalankan dan tidak kurang penekanan mengenai kepentingan solat yang telah disampaikan di dalam pengajaran dan pembelajaran namun masalah pengabaian solat ini masih lagi berlaku. Oleh itu kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor pengabaian solat dan sekaligus mencadangkan penambahbaikan terhadap modul-modul yang sedia ada supaya keberkesanannya lebih memberi impak yang positif kepada pesert&Data yang diperolehi dari soal selidik telah dianalisis melalui perisian 'Statistical Package of the Social Sciences' (SPSS). Hasilnya, satu penambahbaikan modul telah dibina untuk membantu penambahan kefahaman dan penghayatan terhadap ibadah solat fardhu.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Nadiyah UNSPECIFIED Sulaiman, Rohaya UNSPECIFIED Omar, Sharifah Anom UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) |
Keywords: | Solat fardhu; Modul solat |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21561 |
Download
LP_NADIYAH HASHIM RMI 13_5.pdf
Download (123kB) | Preview