Abstract
Laporan Kajian Akhir THE 368 adalah hasil analisa berdasarkan cadangan projek untuk semester akhir. Laporan kajian ini mengandungi kronologi dan perkembangan projek dari mula sehingga akhir. Semua informasi dan maklumat kajian adalah yang terkini dan mengikut garis format yang dikeluarkan oleh Jabatan Senibina Dalaman, Universiti Teknologi Mara. Semua data dan maklumat kajian dihasilkan dalam bentuk tulisan yang lengkap diterangkan dalam bentuk draf, gambarajah dan diagram, yang bertujuan untuk memberikan panduan visual yang mudah difahami. la juga merupakan sebahagian daripada kiteria yang dikehendaki oleh Jabatan Senibina Dalaman.Tugasan laporan kajian akhir dilakukan untuk projek Coconut Oasis Cafe yang memberikan imej moden tropika dan terkini selain menitikberatkan strategi pemasaran. Konsep rekabentuk yang ingin dicapai adalah Refreshing, iaitu memberikan kekuatan dan kesegaran baru terhadap tapak kajian dan juga ruang dalam Coconut Oasis Cafe ini bersesuaian dengan menu minuman dan makanan yang akan dihidangkan. Kaedah-kaedah kajian ini termasukalh kajian terhadap keperluan ruang, kehendak klien, proses penataan ruang dalaman serta proses mereka bentuk sebuah kafe. Diharapkan laporan kajian akhir ini akan berjaya seperti yang dikehendaki dan menjadi rujukan lengkap untuk pengkaji mahupun pereka dalaman pada masa hadapan di dalam terma menjadi pembimbing untuk segala kaedah.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Qurratu Aini UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk dalaman baru; Coconut Oasis Cafe; Mae Kelapa Oasis Sdn. Bhd. |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20999 |
Download
PPd_QURRATU AINI MOHD NOOR AP 09_5.pdf
Download (96kB) | Preview