Abstract
Projek akhir ini merupakan cadangan menaik taraf ruang dalaman untuk Muzium Tentera Darat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan dengan sistem ketenteraan, sejarah, dan perjalanan sistem ketenteraan negara bermula pada zaman dahulu hingga kini. Selain itu muzium ini juga bertujuan memberi maklumat, pendedahan, ilmu serta pengetahuan kepada pengunjung yang datang ke muzium ini. Muzium ini juga dapat menambah minat orang ramai atau individu tertentu terutamanya golongan awam untuk mendalami dan mengenal pasti sejarah, bentuk dan sistem ketenteraan di negara kita. Dengan adanya Muzium Tentera Darat, ia dapat menimbulkan minat kepada masyarakat tentang pentingnya system pertahanan di negara kita. la juga dapat membantu mendekatkan masyarakat terutamanya golongan muda dan belia untuk melibatkan diri dalam sistem ketenteraan di negara kita. Dengan adanya Muzium Tentera Darat, golongan-golongan ini dapat mengetahui serta memahami aliran perjalanan sistem ketenteraan negara kita. Pengunjung dapat mengetahui sejarah bermulanya penubuhan tentera darat Malaysia serta kelebihan dan kepentingan yang terdapat dalam system ketenteraan negara khususnya Tentera Darat Malaysia yang terdapat pada masa awal penubuhannya hingga kini. Antara kajian yang telah dilakukan termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian melelui soal selidik. Tujuannya adalah untuk mengkaji kelebihan dan kelemahan yang terdapat di dalam rangkaian muzium masa kini. Kajian-kajian dan pengumpulan data ini akan diterapkan di dalam proses menaik taraf untuk mendapatkan rekabentuk yang selesa dan menarik di samping imej dan gaya yang tersendiri.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Zain, Wan Nazele UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20847 |
Download
PPd_WAN NAZELE WAN ZAIN AP 09_5.pdf
Download (129kB) | Preview