Abstract
Bagi projek kerja kursus subjek Rekabentuk Dalaman, saya telah memilih untuk mefaksanakan tugasan akhir yang bertajuk Galeri Kitar Semula. Galeri Kitar Semula yang bakal direkabentuk ruang daiamannya ini terietak di Lot 131, Seksyen 86A, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Galeri Kitar Semula ini merupakan satu-satunya di Malaysia yang dibuka khas kepada umum terutamanya kepada goiongan belia masa kini. Antara objektif projek ini adalah mengkaji setiap isu yang berkaitan dengan projek yang dicadangkan. Membuat kajian yang terperinci mengenai kitar semula yartg mana daripada isu tersebut dapat dikembangkan kepada teknik penceritaan dan cfiaplikasikan di dalam galeri. Mencadangkan konsep dan rekabentuk baru untuk Galeri Kitar Semula. Memperkenalkan konsep baru serta wajah baru kepada galeri ini yakni konsep yang bercirikan alam sekitar dan mewujudkan satu galeri yang mampu memberikan tnformasi khusus tentang kitar semula kepada masyarakat umum khususnya masyarakat betia masa kini mengenai kepentingan kitar semula. Matlamat kajian projek ini pula adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang kitar semula, untuk mencipta dan menyediakan sebuah galeri kitar semula yang dapat memberi flmu pengetahuan kepada masyarakat agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan mertgaplikasikan proses mengitar semula tersebut dan untuk menyediakan sebuah ruang yang mampu menampung pengunjung yang datang melawat ke dalam galeri ini pada waktu kemuncak. Sebelum mendapatkan hasil rekabentuk yang sesuai untuk Galeri Kitar Semula ini, beberapa kajian perlu dilakukan. Antara kaedah kajian ialah melalui temuramah, media cetak, internet, pemertiatian, pengalaman dan juga hasil daripada kajian kes samada dari dalam atau luar negara. konsep yang telah dicadangkan ialah ‘Sustainable’ yang membawa pengertian dari segi rekabentuk menggunakan bahan-bahan “ low-impact” iaitu pemilihan bahan yang tidak bertoksid dan pengunaan semula bahan yang telah dikitar semula yang mana sedikt penggunaan tenaga dipedukan. 'Sustainable' bermatlamat menghasilkan rekabentuk yang tidak memberi kesan negatif kepada pengunjung. Pemilihan konsep ini dibuat bagi menyelaraskan rekabentuk dengan penggunaan bahan-bahan kitar semula. Konsep ini bukan sahaja dapat memberi perspektif berbeza pada orang ramai bahawa bahan-bahan yang telah menjalani proses kitar semula boleh diguna pakai semula secara selamat dan efektif tanpa memberi kesan negatif kepada manusia dan juga bumi.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Siti Nurlisa UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk dalaman; Galeri Kitar Semula; Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20842 |
Download
PPd_SITI NURLISA ABDULLAH AP 09_5.pdf
Download (133kB) | Preview