Penggunaan sistem VoTe bagi pengurusan kewangan geran penyelidikan yang efisien (Use of VoTe system for efficient research grant financial management) / Nur Jannah Azman … [et al.]

Azman, Nur Jannah and Ahmad, Nor Monica and Hasan, Nor' Aishah and Ahmad, Siti Noor Dina and Mohamed, Ahmad Husaini (2017) Penggunaan sistem VoTe bagi pengurusan kewangan geran penyelidikan yang efisien (Use of VoTe system for efficient research grant financial management) / Nur Jannah Azman … [et al.]. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 1 (1). pp. 2-9. ISSN 2600-7606
Abstract

Fungsi Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU), UiTM Cawangan Negeri Sembilan adalah mengurus, mengkoordinasi dan menyediakan perkhidmatan berkaitan penyelidikan, perundingan dan penerbitan. Selain itu RMU bertanggungjawab meningkatkan impak keseluruhan penyelidikan untuk memperluas kerjasama dan mengukuhkan perkongsian dengan universiti penyelidikan yang lain. Dalam usaha membudayakan aktiviti penyelidikan dalam kalangan pensyarah, pihak RMU dan penyelidik, terutamanya pemegang geran menghadapi masalah ketiadaan sistem/ templat geran penyelidikan yang seragam di mana pemegang geran terpaksa bergantung penuh kepada pihak Bendahari dalam mendapatkan maklumat (baki geran penyelidikan). Masalah ini menyebabkan kesulitan lain timbul seperti bilangan projek penyelidikan yang melanjutkan tempoh masa penyelidikan bertambah, pemegang geran akan bertumpu pada satu projek dengan tempoh yang sangat lama dan akhirnya mengakibatkan bilangan geran yang diperolehi oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan semakin berkurangan. Hasilnya, objektif kualiti kampus untuk memastikan geran penyelidikan mencapai RM200,000.00 agak sukar untuk dicapai. Rentetan itu, idea yang terbit untuk membantu menangani punca masalah pemegang geran terhasil, iaitu sistem VoTe yang mana inovasi ini berjaya membantu mereka membuat perbelanjaan yang efisien sambil memantau kewangan dalam setiap vot dalam geran penyelidikan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of AJ_NUR JANNAH AZMAN JURIM 17.pdf]
Preview
Text
AJ_NUR JANNAH AZMAN JURIM 17.pdf
Download (22MB) | Preview
Indexing & Metrics