Abstract
Projek akhir Reka Bentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adaiah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reka bentuk dalaman yang telah dipelajari daripada peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan reka bentuk skima baru ‘cafe’ bagi Otai Francais Sdn. Bhd. yang berlokasi di Lot 26, Rampai Business Park, Setapak, Kuala Lumpur. Dengan terbinanya sebuah kafe di tapak baru yang akan berkembang pesat. Tema dan konsep juga di aplikasikan dalam kedua - dua ruang 'exterior & interior’ dengan tujuan untuk menunjukkan lagi nilai estetika dan juga kekuatan seni bina. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir kafe ini, di antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian - kajian tersebut adaiah bertujuan mengenal pasti kelemahan - kelemahan yang ada dan juga cuba untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian - kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej yang diingini samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep pemberian nafas baru dan konservasi serta imej moden juga diterapkan untuk mendapatkan satu imej yang segar, baru dan dapat ditonjolkan di dalam rekaan serta bersesuaian dengan identiti Otai tersebut.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kamaruzzaman, Hafizah UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk dalaman; Rekabentuk; Kafe |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20618 |
Download
PPd_HAFIZAH KAMARUZZAMAN AP 09_5.pdf
Download (145kB) | Preview