Abstract
Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengaplikasikan kurikulum Al-Quranic sebagai mata pelajaran wajib universiti untuk memartabatkan Al-Quran sebagai wahyu agung di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu, merupakan kewajipan pemimpin untuk menyusun semula sistem pendidikan di Negara ini demi meningkatkan tamadun intelektual di Negara kita. Tenaga professional yang terdiri daripada sarjana yang lahir daripada Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) di Negara ini perlu di berikan pendidikan Al-Quran sebagai mata pelajaran asasi. Al-Quran sebagai sumber rujukan kehidupan tidak sepatutnya di belakangkan walaupun pelajar daripada aliran kedoktoran atau kejuruteraan mahupun undang-undang. Banyak manfaat dan syafaat daripada mempelajari al-Quran justeru kajian ini harus dilakukan. Kajian dijalankan adalah dengan menemuramah individu-individu yang menyelaras dan mengajar kursus teras universiti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan Kolej Universiti Islam Antarbangsa (KUIS) yang telah melaksanakan kurikulum Al-Quran, serta pensyarah dan pentadbir universiti lain terutamanya Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Politeknik Malaysia dan juga Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah dialektik untuk melihat secara mendalam kaedah untuk menerapkan kursus al-Quran yang sesuai diaplikasikan di dalam kurikulum bersepadu institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Raihana Farahiyah UNSPECIFIED Mohd Noor, Sulaiman Shakib UNSPECIFIED Kadir, Mohd Nazir UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 1129-1143 |
Keywords: | Peranan IPTA; Peranan IPTS; Pendidikan al-Quran |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20249 |
Download
PRO_NOR ASHIQEEN JAMALUDDIN M 17.pdf
Download (969kB)