Abstract
Manusia dan harta tidak dapat dipisahkan, kerana dengannya manusia dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna. Oleh sebab itu, Islam menganjurkan kepada umatnya agar berusaha mencari dan mengumpul harta kekayaan, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat. Bagi memastikan harta kekayaan yang di kumpul akan membawa kepada kebahagiaan dan kesejahteraan hidup, maka ianya perlu kepada pengurusan dan perancangan yang rapi. Oleh kerana itu, Para Fuqaha dan Ulama usul telah bersepakat bahawa melindungi harta yang diperolehi, adalah salah satu daripada lima maqasid dan ianya merupakan asas yang dilindungi oleh syariat Islam. untuk tujuan itu, Islam telah menggariskan beberapa instrumen penting agar harta yang dicari dapat dilindungi dan dijaga dengan baik. Kajian ini dilakukan bagi memahami konsep pengurusan harta dalam Islam dan menilai kepentingan pengurusan harta, melalui maqasid syariah. Kertas kerja ini akan menggunakan kaedah analisis kandungan daripada sumber primer dan sekunder bagi mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan harta dan penilaiannya menurut maqasid syariah. Secara asasnya, Islam menggalakkan pengurusan dan perancangan harta dengan menggunakan kaedah yang dibenarkan. Kebijaksanaan dalam menguruskan harta kekayaan akan memastikan objektif syariah dan kemaslahatan masyarakat tercapai.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Wahab, Nor Azlina UNSPECIFIED Che Man, Norajila UNSPECIFIED Ab Hamid, Norafifah UNSPECIFIED Nordin, Rawi UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 835-845 |
Keywords: | Pengurusan harta; Maqasid syariah |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20217 |