Abstract
Kajian ini yang bertajuk 'Garis panduan Proses Dalam Meluluskan
Perletakan Stesen Minyak' , dijalankan berdasarkan isu dan masalah yang pernah timbul di kawasan kajian.
Kawasan kajian merupakan sebahagian daripada bandar Bangsar yang
masyhur. la adalah suatu kawasan perumahan yang telah lama wujud
dan dilengkapi dengan berbagai aktiviti seperti perdagangan dan
perindustrian.
Aktiviti perniagaan yang semakin membangun di Bangsar merupakan
suatu faktor penarik bagi ahli-ahli perniagaan dan pihak pemaju
termasuk masyarakat awam setempat dan luar.
Perniagaan perkhidmatan stesen minyak merupakan di antara elemen
perniagaan yang pesat membangun sehinggalah kepada peringkat sukar untuk dikawal serakannya- Para penduduk sedar mengenai unsur negatif ini dan telah berjaya dalam usaha membendung perkembangan terus perniagaan jenis ini.
Pengkaji telah mengambil kesempatan mengenai isu ini dan cuba
mengkaji melalui beberapa peringkat, kaj isel idik seperti kajian isu dan masalah, kajian ilmiah, penganalisaan, sehingga ke peringkat penyelesaian masalah menerusi beberapa cadangan yang dikemukakan.
Semuga penyelesaian dan cadangan yang dibuat akan diambil kira oleh seluruh masyarakat khususnya pihak yang bertanggongjawab dalam proses meluluskan stesen minyak berkenaan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Johari, Hj Zakry UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction T Technology > TH Building construction > Buildings: Construction with reference to use.Including public buildings, dwellings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Stesen minyak, Bangsar, Bandar |
Date: | 1993 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/200 |
Download
PP_AHMAD JOHARI ZAKRY 93_5 1.pdf
Download (78kB)