Abstract
Tesis ini bertujuan untuk menganalisis filem Birdman (2014) dari perspektif ahli teori filem yang berpengaruh seperti Andre Bazin terhadap konsep realisme di dalam bukunya What is Cinema Volume 1&2. Pemasalahan yang dapat dikenalpasti adalah terdapat percanggahan teori realisme melalui pentafsiran imitasi realiti yang dibawa masuk ke dalam filem. Objektif kajian ini menumpukan terhadap aspek estetika dan menganalisis kajian-kajian terdahulu melalui konteks pengunaan realisme di dalam filem. Terdapat perkaitan di antara filem dilihat sebagai satu seni: pendekatan imitasi realiti ke dalam filem serta penggunaan teknik manipulasi editing yang digabungkan bersama long take iaitu memaparkan filem tersebut tanpa mempunyai potongan babak continuous shot. Adakah pengarah cuba untuk memecah tembok bagi satu ‘movement’ yang baru atau memanjangkan lagi tempoh penggunaan realisme? Kajian ini, menumpukan pendekatan melalui kualitatif untuk memperoleh data-data yang dikehendaki ketika kajian ilmiah ini dijalankan. Maklumat dari kajian ini akan dikupas melalui pemerhatian terhadap visual di dalam filem Birdman (2014) melalui teori-teori dari barat.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Basri, Muhammad Roshede UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Realisme; Birdman; Aspek estetika |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16868 |
Download
PPb_MUHAMMAD ROSHEDE BASRI FF 16_5.pdf
Download (167kB)