Pengurusan busana tradisional Minangkabau di Muzium Adat Negeri Sembilan: Kajian busana Bundo Kanduang / Muhammad Syafiq Zaine

Zaine, Muhammad Syafiq (2015) Pengurusan busana tradisional Minangkabau di Muzium Adat Negeri Sembilan: Kajian busana Bundo Kanduang / Muhammad Syafiq Zaine. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Istilah Bundo Kanduang (Bunda Kandung) diberikan kepada perempuan-perempuan Minangkabau yang arif dan bijaksana; orang yang kata-katanya didengar (Syahlinar Udin, 2004). Busana Tradisional sinonim dengan lambang sesebuah budaya dalam
menunjukkan nilai yang terdapat pada sesebuah kelompok masyarakat. Penyelidikan ini lebih fokus kepada aspek pengurusan Artifak Tekstil menerusi bentuk pemeliharaan dan pemuliharaan yang sesuai untuk diaplikasikan ke atas Busana Tradisional Minangkabau Bundo Kanduang. Objektif utama penyelidikan ini adalah mengenalpasti bentuk pengurusan yang sesuai di dalam konteks memelihara Busana Tradisional Minangkabau Bundo Kanduang dan meneliti bentuk pemeliharaan dan pemuliharaan yang dijalankan ke atas koleksi Busana Tradisonal Minangkabau Bundo Kanduang di Muzium Adat, Jelebu, Negeri Sembilan. Dalam penyelidikan ini, kaedah Kualitatif digunakan yang mana kutipan data diperolehi melalui kaedah temubual (kajian lapangan) seramai 4 orang informan, data premier, rakaman audio visual dan juga data sekunder. Melalui penyelidikan, dapat dikenal pasti bentuk pengurusan yang sesuai di dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan Busana Tradisional Minangkabau Bundo Kanduang untuk terus dipelihara dan diguna pakai pada masa
akan datang.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zaine, Muhammad Syafiq
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Costume
N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Pengurusan busana; Busana tradisional Minangkabau;Muzium Adat Negeri Sembilan; Busana Bundo Kanduang
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15938
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_MUHAMMAD SYAFIQ ZAINE FF 15_5.pdf] Text
PPb_MUHAMMAD SYAFIQ ZAINE FF 15_5.pdf

Download (117kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15938

Indexing

Statistic

Statistic details