Projek penulisan Novel Nabi: Teori takmilah dalam naratif bergenre Islami / Mohd Fatrim Syah Abd Karim

Abd Karim, Mohd Fatrim Syah (2015) Projek penulisan Novel Nabi: Teori takmilah dalam naratif bergenre Islami / Mohd Fatrim Syah Abd Karim. [Student Project] (Submitted)

Abstract

Tujuan kajian dan projek ini dijalankan adalah untuk mengetengahkan satu bentuk penulisan baru yang berlandaskan akidah dalam karya-karya berunsur Islam. Pengharaman empat buah novel Faisal Tehrani yang berunsur Islam mencetuskan idea kepada kajian ini dengan matlamat untuk membuktikan terdapatnya satu garis panduan penulisan yang mampu mengawal corak penulisan seseorang penulis meskipun mengandungi intipati yang menyentuh isu sensitiviti agama dan politik. Penggunaan kaedah kualitatif adalah kaedah yang paling sesuai terhadap tajuk yang dikaji dengan menjadikan sumber primer; temubual dan buku sebagai sumber rujukan utama. Projek penulisan novel Nabi mengisahkan tentang seorang anak muda dari kampung bernama Ubaidullah yang memasuki rancangan realiti televisyen ‘Pendakwah’ dan menjadi terkenal. Hasil kajian membuktikan projek penulisan novel Nabi berjaya dilaksanakan berpandukan teori sastera Islam iaitu teori takmilah. Teori yang dicipta oleh Shafie Abu Bakar diaplikasikan dalam usaha membuktikan terdapatnya satu garis panduan penulisan novel yang berlandaskan akidah dan membentuk sebuah kerangka novel yang berkesan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Karim, Mohd Fatrim Syah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malaysian literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Projek penulisan novel; Nabi; Teori takmilah; Naratif bergenre Islami
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15932
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_MOHD FATRIM SYAH BIN ABD KARIM FF 15_5.pdf] Text
PPb_MOHD FATRIM SYAH BIN ABD KARIM FF 15_5.pdf

Download (218kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15932

Indexing

Statistic

Statistic details