Abstract
Pengkajian ini meneliti teater-teater kontemporari di Malaysia telah menjadi fenomena dikalangan para penggiat teater dan pelajar dalam mempersembahkan pementasan teater. Teater-teater begini sememangnya dihasilkan untuk memberi fahaman baru yang digarapkan bersama isu-isu semasa melalui simbol yang di eksperimen. Namun, kebanyakkan penonton masih lemah untuk memahami simbol di dalam teater kontemporari. Justeru, kajian ini menghujahkan bahawa penonton boleh memahami teater yang bercirikan kontemporari melalui elemen ekspresi navarasa dalam bharatanatyam selain menerapkan simbol-simbol di dalam teater kontemporari. Dengan berpandukan kerangka teori teater kontemporari, kajian ini cuba untuk mengadaptasikan elemen ekspresi navarasa di dalam teater kontemporari untuk memberi pemahaman kepada penonton secara langsung memperkenalkan ekspresi navarasa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penonton lebih mudah memahami pementasan teater kontemporari dengan adanya ekspresi navarasa selain memahami simbol-simbol yang ditonjolkan. Berdasarkan hasil kajian, dapat dirumuskan bahawa penonton lebih menyenangi ekspresi navarasa di dalam teater kontemporari disamping mengetahui budaya teater di India. Diharapkan kajian terhadap teater yang seterusnya akan mengambil kira penggunaan elemen budaya tradisional kerana ia masih kurang dikenali dalam masyarakat Malaysia.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azizan, Nurzanatul Amira UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Dramatic representation. The theater P Language and Literature > PN Literature (General) > Study and teaching |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Pementasan teater; Teater-teater kontemporari; Ekspresi navarasa |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15874 |
Download
PPb_NURZANATUL AMIRA AZIZAN FF 14_5.pdf
Download (236kB)