Abstract
Kajian ilmiah ini mengkaji teknik pengarahan teater fizikal dalam Teater Fizikal Panggilan. Pemilihan dan penggunaan teknik pengarahan yang tepat dan jelas dari seorang pengarah membolehkan para pelakon dapat menerima input dengan baik seterusnya dapat memberi output yang berkualiti kepada penonton. Selain itu, teknik pengarahan yang berkesan membolehkan idea dan kandungan dalam sesebuah naskhah itu dapat disampaikan dengan baik. Penganalisaan terhadap teknik pengarahan teater fizikal dilakukan semasa proses persiapan bagi mengenalpasti teknik-teknik pengarahan yang bersesuaian untuk diimplementasikan semasa proses komposisi Teater Fizikal Panggilan. Hasil kajian ini mendapati keberkesanan pemilihan teknik pengarahan melalui penggunaan teknik pernafasan dan pergerakan fizikal semasa proses persiapan membantu pengarah mengimplementasikan teknik improvisasi dan aksi dramatik semasa proses komposisi.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Samarudin, Muhammad Hanis UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Motion picture industry P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Production and direction > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Pengarah; Pelakon; Teater Fizikal Panggilan |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15869 |
Download
PPb_MUHAMMAD HANIS SAMARUDIN FF 13_5.pdf
Download (200kB)