Abstract
Penyelidikan akademik ini melibatkan 110 orang responden (pelajar) yang terdiri daripada pelajar semester 06, iaitu pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengajian Maklumat (Kepujian), Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM, Shah Alam, Selangor. Penyelidik memilih responden menggunakan kaedah rawak mudah yang merangkumi kesemua bidang pengkhususan yang ditawarkan iaitu, Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat, Pengurusan Sistem Maklumat, Pengurusan Rekod dan Pengurusan Pusat Sumber Maklumat. Borang soal selidik dianaiisa menggunakan kaedah manual. Hasil penyelidikan adalah berdasarkan kepada objektif penyelidikan iaitu kepentingan penggunaan buku di kalangan pelajar, kepentingan penggunaan buku dalam era teknologi maklumat, kadar dapatan maklumat melalui penggunaan buku dan kepuasan pelajar dalam menggunakan buku. Hasil penyelidikan menunjukkan buku masih menjadi sumber utama pencarian maklumat oleh para pelajar iaitu sebanyak 67% untuk pelbagai tujuan sama ada tujuan akademik atau Iain-lain. Selain itu, kajian juga mendapati 93% pelajar berpendapat buku masih penting untuk digunakan dalam era teknologi maklumat. Kebanyakan pelajar juga didapati memperolehi maklumat melalui penggunaan buku dan berpuas hati dengan maklumat dari buku..
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Doon, Sylvester UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Electronic information resources |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Information Management |
Keywords: | Penggunaan buku; Buku; Teknologi maklumat |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15820 |
Download
PPb_SYLVESTER DOON IM 01_5.pdf
Download (4MB)