Projek produksi teater Semerbak: Teori kepimpinan transformasi pengurus projek / Fatin Syahidah Zawali

Zawali, Fatin Syahidah (2014) Projek produksi teater Semerbak: Teori kepimpinan transformasi pengurus projek / Fatin Syahidah Zawali. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kepimpinan adalah satu proses di mana pengaruh dikenakan oleh seorang kepada orang lain untuk membimbing, struktur, memudahkan aktiviti dan hubungan dalam kumpulan atau organisasi. Seorang pemimpin mempunyai gaya atau cara sendiri dalam membimbing orang bawahan atau pekerjanya bagi sesebuah organisasi. Teori transformasi adalah salah satu teori atau kaedah kepimpinan yang dapat digunakan bagi seseorang pemimpin atau ketua. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri teori transformasi yang diaplikasikan oleh seorang pengurus projek bagi mencapai matlamat produksi. Penyataan masalah yang boleh dinyatakan ialah keberkesanan pengurus projek mengaplikasikan teori transformasi dapat menjadikan
matlamat utama organisasi tercapai. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri teori transformasi dan menganalisis ciri-ciri teori kepimpinan transformasi yang diaplikasi oleh pengurus projek bagi pementasan teater Semerbak. Kajian ini memfokuskan kepada empat ciri-ciri teori transformasi iaitu memiliki karisma, memberikan rangsangan intelektual, mencetuskan ilham dan memberi perhatian individu. Hasil kajian akan didapati dengan menggunakan kaedah soal kaji selidik kepada ahli produksi yang terlibat bagi pementasan Teater Semerbak kerana ia menghasilkan data berbentuk dalam nombor atau statistik. Oleh itu, pengkaji berharap kajian ini juga dapat membantu dan memberi rujukan kepada generasi hadapan dalam aspek kepimpinan bagi sesebuah produksi

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_FATIN SYAHIDAH ZAWALI FF 14_5.pdf] Text
PPb_FATIN SYAHIDAH ZAWALI FF 14_5.pdf

Download (112kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15120

Indexing

Statistic

Statistic details