Projek animasi 3D pendek The Great Escape: Elemen motif awan larat sebagai tekstur set dan prop / Muhammad Akram Ismail

Ismail, Muhammad Akram (2014) Projek animasi 3D pendek The Great Escape: Elemen motif awan larat sebagai tekstur set dan prop / Muhammad Akram Ismail. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian tesis ini memfokuskan kepada pemahaman dan penggunaan elemen motif ukiran kayu Awan Larat sebagai tekstur set dan prop di dalam animasi 3D pendek The
Great Escape. Selain itu, kajian ini juga mengkaji elemen motif ukiran kayu Awan Larat di dalam set dan prop animasi supaya dapat menghasilkan satu produk karya
kreatif yang baru. Tambahan pula, ia bertujuan untuk memelihara dan mengekalkan kesenian ukiran kayu bermotifkan Awan larat dengan menggunakan medium animasi dan memberi makna yang kukuh di dalam konteks penceritaan. Bagi mencapai tujuan tersebut, penulis menggunakan kaedah kajian kualitatif sebagai kaedah utama seperti kajian perpustakaan dan carian internet. Penulis juga berpendapat bahawa kaedah kajian ini bersesuaian dalam mencari sumber maklumat yang diperlukan. Hasil kajian ini berkemungkinan memberi impak kepada generasi yang akan datang dalam mengenal budaya kesenian tradisi Melayu dan tahu menghargai nilai keunikan dan estetika kesenian Melayu. Harapan kajian ini agar dapat menyampaikan moral
penceritaan dan seterusnya memelihara dan mengekalkan kesenian ukiran kayu Awan Larat yang kini semakin tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat setempat

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PPb_MUHAMMAD AKRAM ISMAIL FF 14_5.pdf]
Text
PPb_MUHAMMAD AKRAM ISMAIL FF 14_5.pdf
Download (155kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics