Abstract
Kajian tesis ini memfokuskan kepada pemahaman dan penggunaan elemen motif ukiran kayu Awan Larat sebagai tekstur set dan prop di dalam animasi 3D pendek The
Great Escape. Selain itu, kajian ini juga mengkaji elemen motif ukiran kayu Awan Larat di dalam set dan prop animasi supaya dapat menghasilkan satu produk karya
kreatif yang baru. Tambahan pula, ia bertujuan untuk memelihara dan mengekalkan kesenian ukiran kayu bermotifkan Awan larat dengan menggunakan medium animasi dan memberi makna yang kukuh di dalam konteks penceritaan. Bagi mencapai tujuan tersebut, penulis menggunakan kaedah kajian kualitatif sebagai kaedah utama seperti kajian perpustakaan dan carian internet. Penulis juga berpendapat bahawa kaedah kajian ini bersesuaian dalam mencari sumber maklumat yang diperlukan. Hasil kajian ini berkemungkinan memberi impak kepada generasi yang akan datang dalam mengenal budaya kesenian tradisi Melayu dan tahu menghargai nilai keunikan dan estetika kesenian Melayu. Harapan kajian ini agar dapat menyampaikan moral
penceritaan dan seterusnya memelihara dan mengekalkan kesenian ukiran kayu Awan Larat yang kini semakin tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat setempat
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Muhammad Akram UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Animated films T Technology > TR Photography > Cinematography. Motion pictures > Animation (Cinematography) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Projek Animasi 3D Pendek; The Great Escape; Elemen Motif Awan Larat; Tekstur; Set; Prop. |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15111 |
Download
PPb_MUHAMMAD AKRAM ISMAIL FF 14_5.pdf
Download (155kB)