Abstract
Kajian ini akan mendalami mengenai perwatakan sindrom Hikikomori yang digunakan dalam penghasilan animasi 2D untuk projek akhir tahun. Kebanyakan industri Animasi di Malaysia masih belum menekankan perwatakan animasi yang lebih emosi dan memaparkan realiti mengenai sikap masyarakat di Malaysia. Walaupun kes mengenai Hikikomori jarang didengari dalam Malaysia namun sindrom ini mungkin terjadi pada sesetengah keluarga mahupun individu yang mengalami masalah perhubungan dengan orang lain. Sindrom Hikikomori amat dikenali di negara Jepun, kerana gelaran itu adalah untuk panggilan individu-individu yang mengalami masalah dengan anti sosial yang melampau. Penghidap Hikikomori akan mengelakkan diri mereka dari berinteraksi dengan orang luar dalam jangka masa yang lama. Punca Hikikomori datang dari masalah sikap masyarakat yang terlampau memilih dalam menjalin perhubungan antara sesama manusia. Oleh itu, bagi mereka yang disisihkan tanpa alasan menyebabkan mereka terasa bahawa diri mereka tidak layak untuk bercampur dikalangan orang-orang luar. Selain disisihkan, masalah buli dan penderaan emosi juga penyebab antara mereka tidak dapat merasakan bahawa perhubungan dunia luar tidak lagi selamat untuk mereka. Kajian ini akan mendalami sindrom Hikikomori yang mempengaruhi hidup Ben di dalam sebuah filem animasi pendek "Move On". Dengan harapan bahawa projek dan kajian ini akan menghasilkan sebuah cerita animasi yang baru dan unik dimana ia mampu membawa kelainan dalam industri animasi Malaysia.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mahadir, Sufiyan Effendi UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Animated films T Technology > TR Photography > Cinematography. Motion pictures > Animation (Cinematography) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Projek Animasi 2D Pendek; Aplikasi perwatakan hikikomori; Watak utama |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15102 |
Download
PPb_SUFIYAN EFFENDI MAHADIR FF 14_5.pdf
Download (193kB)