Abstract
Sesebuah pameran seni visual sememangnya memerlukan bahagian pengurusan pameran seni. Justeru itu, pengurusan pameran seni visual ini adalah penting untuk difahami dan diteliti agar pemahaman terhadap pengurusan pameran ini mampu menilai tahap kepentingan seni visual yang dipaparkan bagi membina suatu pameran yang berbeza. Kajian ini akan menganalisis tentang pengurusan pameran di Galeri Seni Pelita Hati yang terletak di Bangsar. Dalam tesis ini, perbincangan dan analisis tentang pengurusan pameran seni ini ditinjau melalui kerangka teori asas pengurusan, pameran dan pengurusan pameran seni yang diaplikasikan dalam strategi kuratorial. Strategi kuratorial yang menjadi tulang belakang kepada tesis ini, digunakan sebagai garis panduan pengurusan pameran dalam kajian yang akan dilaksanakan. Tesis ini membincangkan hasil dapatan kualitatif tentang pemahaman pengurusan pameran seni visual. Hasil dapatan kajian ini memberi maklumat tentang bentuk pengurusan pameran seni yang digunakan dan melihat kepentingan pengurusan pameran seni visual dalam membentuk suatu pameran yang berjaya. Dengan harapan, apa-apa kajian terhadap pengurusan pameran seni akan meneliti tentang pemahaman pengurusan pameran seni kerana pameran seni merupakan medium penyampaian hasil seni visual kepada pemerhati.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Nasir, Nurul Asyqin UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > The performing arts. Show business P Language and Literature > PN Literature (General) > Visualization |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Keywords: | Pengurusan, Pameran, Pengurusan Pameran Seni Visual, Galeri Seni Pelita Hati. |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15083 |
Download
PPb_NURUL ASYQIN MAT NASIR FF 14_5.pdf
Download (277kB)